Program yang ditunggu-tunggu admin, Gema Gegar Vaganza akan menampilkan empat kumpulan nasyid popular dan enam penyanyi solo yang bakal berentap di pentas persembahan mingguan yang akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras.

gema gegar vaganza

Para peserta, hos dan juri program

Pengurus saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, selain peserta solo, program yang membariskan 10 peserta itu juga turut menampilkan penyertaan artis berkumpulan bagi sama-sama berentap untuk merebut gelaran juara.

 

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7

 

“Untuk penganjuran kali pertama ini, pentas Gema Gegar Vaganza akan digegarkan oleh barisan penyanyi yang pernah mewarnai industri hiburan tanah air selain mempunyai portfolio seni yang hebat.

“Inspirasi daripada sambutan hangat daripada Gegar Vaganza, pertandingan ini turut menerapkan format dan konsep sama dengan elemen yang sinonim seperti persembahan pembukaan oleh pengacara dan kejutan,” katanya kepada mStar Online.

Peserta Gema Gegar Vaganza

  1. Hijjaz
  2. Saujana
  3. Mirwana
  4. Unic
  5. Hafiz Hamidun
  6. Ana Raffali
  7. Azmi Caliph Buskers
  8. Izam EYE
  9. Bienda
  10. Wani

Gema Gegar Vaganza akan mula bersiaran secara langsung selama lapan minggu di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras bermula 8 April ini.

Ia juga akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) pada setiap hari Sabtu, 9 malam.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad berkata, Gema Gegar Vaganza dapat menjadi satu medium bagi menyampaikan mesej dakwah yang berkesan dan atas dasar itu Astro Oasis memperkenalkan program itu namun bersifat lebih terbuka dan komtemporari sesuai dengan kehendak masa kini.

“Jika kita perhatikan, kini terdapat banyak lagu berunsur ketuhanan dan nasihat yang boleh kita ketengahkan.

“Kami berharap dengan pendekatan diketengahkan masyarakat akan membuka mata dan minda seterusnya mengiktiraf bahawa lagu-lagu yang membawa mesej-mesej positif dan berunsurkan Islamik tidak hanya terhad pada genre muzik nasyid sahaja,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai Gema Gegar Vaganza, Ahmad Fuad berkata, setiap peserta perlu tampil bebas memilih apa sahaja genre namun ia mestilah mengandungi unsur nasihat dan aksi serta pemakaian selari dengan ajaran Islam.

Juri

Dari segi pemarkahan pula, barisan peserta akan diadili sepenuhnya oleh tiga juri profesional berdasarkan kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan.

“Kerusi panas juri pula akan diduduki oleh dua orang juri tetap iaitu Farihin Abdul Fattah, seorang komposer dan penerbit yang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan Islam.

“Beliau akan ditemani oleh Oki Setiana Dewi, seorang pelakon Indonesia yang berpengaruh dan aktif dalam hal-hal berkaitan keagamaan di Indonesia manakala, seorang juri jemputan akan diundang pada setiap minggu,” katanya.

Hos Program

Siti Nordiana, Achey Bocey dan Fikri (Lawak Solo).

Hadiah

Juara Gema Gegar Vaganza bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi. Naib juara pula akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi manakala hadiah tempat ketiga akan mendapat wang tunai bernilai RM20,000 beserta trofi.

Tempat keempat pula bakal meraih wang tunai RM10,000 beserta trofi dan pemenang bagi kategori ‘Pilihan Penonton’ yang diundi menerusi sistem dalam talian pula akan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Jangan lupa saksikan program Gema Gegar Vaganza ini di Astro Oasis dan Maya HD bermula 8 April ini jam 9.00 malam.

loading...

This Post Has One Comment

Leave a Reply