Drama bersiri Kisah Dari Mekah akan menggantikan drama Biniku Ninja. Mula bersiaran pada 31 Julai setiap Isnin hingga Rabu jam 9 malam di saluran Astro Oasis dan Maya HD. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan diarahkan Fadzil Teh dan Hairi Safwan.

kisah dari mekah

 

Para Pelakon

Lydiawati, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Nur Risteena, Ruhainies, Cik Manggis, Redza Rosli, Ben Ali, Aidit Noh, Hairi Safwan, Mak Jah.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

 

Sinopsis Kisah Dari Mekah

Cerita yang diangkat berdasarkan kisah benar jemaah haji serta umrah di Mekah. Paparan kisah dan pengalaman jemaah haji serta umrah dalam drama Kisah Dari Makkah yang sedang dalam pembikinan di Tanah Suci, bukan bertujuan menakutkan penonton, kata Penerbit Zeel Production Sdn Bhd, Fadzil Teh.

Ujarnya, drama 15 episod itu sekadar memberi panduan dan manfaat kepada penonton.

“Saya tahu, ada orang takut mahu ke Makkah. Bimbang tidak nampak Kaabah dan mendapat ujian atas dosa silam. Anggapan itu silap sebenarnya, Allah menerima walaupun sejahat manapun seseorang.

“Kami tidak mampu bercerita daripada mulut ke mulut, berapa kerat sangat yang dapat dikongsi. Jadi, saya dan kumpulan produksi menghasilkan drama ini untuk memberi manfaat kepada penonton.

“Niat saya mahu menyampaikan rahmat dan kebaikan bumi Makkah dan Madinah, bukan menakutkan sesiapa,” katanya kepada BH Online. Fadzil berkata, idea menghasilkan drama Kisah Dari Makkah tercetus sejak tahun 2015.

“Drama ini mendapat persetujuan Astro Oasis. Cerita yang diangkat berdasarkan kisah benar selain paparan akhbar dan majalah.

“Selain itu, ada kisah yang diperoleh daripada pengalaman Pengurus Operasi, Pimpinan Travel Sdn Bhd, Ustaz Suhail Abdul Hamid yang menguruskan perjalanan dan penggambaran kumpulan produksi,” katanya.

Fadzil berkata, dia bersyukur proses penggambaran drama dan telefilem lancar sejak tiba ke Makkah seminggu lalu.

“Kami menjalani penggambaran selama dua minggu di Makkah. Baki penggambaran dihabiskan di Madinah selama seminggu. Kami juga menyiapkan penggambaran beberapa telefilem yang belum diberi judul,” katanya.

Ketika ini, penggambaran drama Kisah Dari Makkah sedang rancak dikendalikan di beberapa lokasi di Makkah dan Madinah. Ia dijangka mengambil masa tiga minggu.

Rombongan seramai 41 orang diketuai Fadzil selain artis, kru produksi dan wakil B*POP berangkat ke Makkah secara berperingkat sejak 4 Februari lalu.

Selain menjalani penggambaran drama Kisah Dari Makkah arahan Fadzil dan Hairi Safwan, Zeel Production juga menghasilkan telefilem Pintu No 9 yang mengangkat kisah Allahyarham Seniman Datuk S Roomai Noor yang menghembuskan nafas terakhir di kota Makkah, kira-kira 21 tahun lalu.

Paling istimewa, telefilem ini dibintangi anak arwah iaitu Noorkumalasari dan Zulkifli Ismail. Drama Kisah Dari Mekah pula dibintangi Lydiawati, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Aaisyah Rania, Nur Risteena, Ruhainies, Cik Manggis dan Redza Rosli.

Turut berlakon Ben Ali, Aidit Noh, Hairi Safwan, PU Riz, PU Faris, Fendi Seman dan Mak Jah. Skrip drama dan telefilem dihasilkan Wan Mahani Wan Hussein dan Adam Danial untuk siaran Astro Oasis.

Saksikan nanti drama Kisah Dari Mekah yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9 malam di Astro Oasis dan Maya HD.

loading...

Leave a Reply