Terbaru terbitan MIG Productions Sdn Bhd, drama Mencintaimu Mr Photographer. Drama adaptasi dari novel karya Emma Mariam ini diarahahkan oleh Eyra Rahman. Akan mula ditayangkan pada 3 Julai nanti di Astro Ria dan HD selepas tamatnya Hero Seorang Cinderella.

mencintaimu mr photographer

Para Pelakon

Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marisa Yasmin, Ariz Lufias, Aishah Azman, Amy Mastura,  Hairie Othman, Elvina Chua, Ikmal Amry.

Video Lagu Tema (OST), Jampi – Hael Husaini
Aira dan Jemy di rancangan CCTV

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16

 

Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka? kepalabergetar

Nantikan drama Mencintaimu Mr Photographer ini setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.

loading...

Leave a Reply