Terbaru di Slot Mega Drama Astro, My Darling Inspektor Daniel bakal mula ditayangkan pada 31 Julai. Terbitan Skop Productions Sdn Bhd, diarahakan Aziz M. Osman dan skrip Ayuni Zamani.

My Darling Inspektor Daniel

Para Pelakon

Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Siti Elizad, Erra Fazira, Dazrin Kamarudin, Shahir, Zarul Umbrella.

Video Di Sebalik Tabir Drama MDID

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

 

Sinopsis My Darling Inspektor Daniel

Akan dikemaskini kemudian

 

Artikel lain

Selepas berjaya mencipta nama sebagai penyanyi, Elizabeth Tan kini mula meluaskan cabang karier seninya sebagai pelakon pula.

Mengakui wujud rasa gementar apabila bergandingan dengan pelakon Aaron Aziz dalam naskhah sulung lakonannya yang berjudul My Darling Inspektor Daniel, pelantun lagu Tabah itu bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan rasa teruja tatkala bercerita tentang bidang baharu yang diceburinya itu.

Ditemui dalam sebuah majlis anjuran Warner Music di Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini, wanita tinggi lampai yang mesra dengan panggilan Lizzy itu berkongsi perkembangan terbaharunya.

Wartawan: Apa khabar Elizabeth, bagaimana perkembangan lakonan anda sekarang?

Elizabeth: Khabar baik. Sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama rantaian sebanyak 20 episod yang berjudul My Darling Inspektor Daniel. Dalam drama tersebut saya berlakon di sisi Aaron Aziz dan membawakan watak heroin.

Bagaimana anda boleh terjebak dengan lakonan pula ketika karier nyanyian sedang mendapat tempat di hati peminat?

Jujurnya, saya tidak tahu bagaimana boleh dipilih dan tidak menyangka diberi kepercayaan untuk menggalas watak utama dalam drama berkenaan.

Rasanya rasa tidak perlu berfikir panjang dan terus bersetuju apabila menerima tawaran daripada Skop Productions Sdn. Bhd. untuk mengisi tuntutan dalam drama tersebut.

Adakah anda pernah menyertai sebarang kelas lakonan sebelum memulakan penggambaran?

Tidak pernah. Mujur pengurus saya merupakan graduan jurusan teater, jadi dia banyak membantu selain memberikan panduan tentang lakonan kepada saya.

Apakah yang boleh anda katakan tentang gandingan sulung dengan hero pujaan ramai, Aaron Aziz dalam drama tersebut?

Sudah semestinya saya gementar. Aaron merupakan pelakon senior manakala saya pula kurang berpengalaman dan sangat baharu dalam bidang lakonan. Kadangkala wujud perasaan risau kalau-kalau saya melakukan kesilapan atau tidak dapat menghayati watak dengan baik. Namun, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga drama ini akan ‘meletup’ dan berjaya menjadi fenomena supaya potensi lakonan saya akan menjadi lebih luas.

Bagaimana pula dengan cabaran yang perlu anda lalui sepanjang penggambaran berlangsung?

Drama ini diarahkan oleh Aziz M. Osman. Bekerja dengannya sangat mudah kerana dia memahami saya. Saya menghadapi cabaran apabila terpaksa menghafal skrip satu-persatu. Jika dalam perbualan, penggunaan bahasa Melayu bagi saya mungkin agak mudah, tetapi apabila perlu bercakap dalam suasana yang sedikit formal, saya perlu menjadi lebih fasih dalam pertuturan.

Selain berlakon, bagaimana pula dengan karier nyanyian anda?

Nyanyian masih berjalan seperti biasa. Saya juga dalam proses menyiapkan sebuah single baharu. Single itu mungkin akan digunakan sebagai lagu runut dalam drama sulung saya nanti. Untuk pengetahuan, saya juga sudah bergerak sendiri dan tidak bernaung bawah mana-mana syarikat pengurusan buat masa sekarang.

Bagaimana anda menguruskan karier sendiri tanpa bantuan syarikat pengurusan?

Mulanya agak sukar kerana bukan senang untuk menguruskan karier sendiri bagaimanapun, ia membuka mata saya untuk belajar banyak ilmu baharu setiap hari.

Jangan lupa saksikan drama My Darling Inspektor Daniel ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Ria jam 10 malam.

loading...

Leave a Reply